Salima Habibi


Nor Salima binti Habibi atau lebih dikenali sebagai Salima (lahir 1 Januari 1988 Kuala Kangsar, Perak) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Ipoh, Perak.Penyanyi kegemarannya ialah Pascale Mashaalani, Siti Nurhaliza dan bapanya sendiri-Habibi. Pelakon kegemarannya pula ialah Sheila Rusly, Fauziah Nawi, Kartina Aziz, Rita Rudaini, Zulzuhaimi Marzuki, Rosyam Nor, Hans Isaac, Afdlin Shauki. Gadis bertudung manis ini terlalu manja dengan adik kecilnya. Seorang yang sangat peramah dan anda pasti terpukau dengan gaya bicaranya yang kental jiwa Arabnya.

Salima Habibi

Pekerjaan Penyanyi
Berasal dari Ipoh, Perak
Nama lahir Nor Salima bt Habibi
Syarikat rakaman Maestro
Kelahiran (1988-01-01) 1 Januari 1988 (umur 32)
Genre Pop Etnik, Irama Malaysia
Tahun aktif 2006–kini